Archives

Bunga Telur Tisu : Dark Purple + White + Lavendar

Tempahan dari Shidah dari UKM sebanyak 40pcs…sebagai cenderahati untuk foreigner speakers bagi conference fakulti nya minggu nie…pada Shidah bunga telur can actually show our culture…tapi bunga telur kali nie bunga nya di bahagian tepi…request sekali dalam sarung net diisi dengan potpouri dan bunga telur diletakkan dalam kotak…so takde la bunga telur tu rosak…harap berpuashati dengan hasilnya yer 😀 

 

Pom-Pom : Baby Blue + Pink

Tempahan pom-pom oleh Kak Ainal untuk majlis aqiqah dan birthday anak2 nya Sabtu lepas…last minute/urgent order…hehehehe…nasib baik sempat siapkan…TQ kak Ainal 😀

Bunga Telur : Maroon + Cream + Butterfly

Tempahan datang jauh nun dari Sabah…Luvleey tempah khas 100pcs bunga telur tangkai dengan warna tema maroon dan cream untuk majlis kawen kakak nya awal bulan June nie…dah siap semua dan akan dipos (ngk pada kos camne…sbb 1st time nak dipos) 😀 harap mereka akan berpuashati dgn hasil nya yer…

Testimonial dari Luvleey :

Bunga telur dah kakak saya ambil...Dia sangat suka dengan bunga telur tersebut.

Gembira bekerjasama dengan akak dan hasil kerja akak memang cantik..”

Update : Alhamdulillah…bunga2 nie selamat sampai ke tangan tuan nya di Sabah…guna poslaju…so pasni boleh la guna pos utk delivery…cuma mungkin nak guna courier lain sbb sendiri pun tak brape puashati dgn servis poslaju 🙂

Bunga Telur : Dark purple + Silver White

Bunga telur order dari Yana dari Perlis untuk majlis nya Mei nie…tema warna majlis dark purple dan silver white…bunga nya dia request warna putih digabungkan dgn reben warna dark purple dan silver white…simple dan sesuai dgn budget yg Yana berikan…harap Yana akan berpuashati dgn hasil nya…


Bunga Telur : Dark Blue + Silver

Kali nie order dari Azreen…bunga telur 50pcs…tema dark blue + silver…bunga nya guna warna tiffany blue…hehehehe…mula2 buat satu tak nampak terserlah sangat…tapi bila dah banyak penuh sepahar baru nampak cantik 😀 harap tuan punya akan berpuashati yer 😀

 

Bunga Telur & Bunga Dulang Tiffany Blue

Alhamdulillah siap juga akhir nya bunga telur dan bunga dulang yg ditempah oleh Nadia dari Melaka…semua dah siap pack…dan dah diambil…harap-harap mereka berpuashati ngan hasil tempahan kali nie 😀