Archives

Seni Qanasuri di Kerja@Rumah dalam Apa Kata Wanita

4 Januari lepas…dapat call dari Iylia yang berminat untuk cover aktiviti Seni Qanasuri untuk segmen Kerja@Rumah dalam rancangan Apa Kata Wanita musim baru 2012…maca tak percaya juga…setelah bincang ngan En Suami…kami telah bersetuju untuk jalankan shooting pada Isnin lepas…Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar…walaupun tak dapat ditayangkan secara langsung pada Ahad 15 Januari…rancangan ini telah disiarkan di slot hari Jumaat pukul 1 petang di TV2…mesti ramai yg tak dpt nak ngk kan…so saya dapat la usahakan sedikit merakam mana yg mampu…so untuk sesiapa yg nak ngk…boleh ke link nie yer 😀

http://www.youtube.com/watch?v=o_aTvmQGrfY&feature=youtu.be

 

Advertisements

Yeayy…finally Wanita keluaran Januari 2011

Alhamdulillah…bulan nie agak banyak dapat tempahan…ada yg last minute tp Insyaallah boleh siapkan memandangkan jumlah nyer tak brape banyak…rezeki bulan Muharram…tahun baru 😀



Sebut pasal tahun baru…akhir nyer bunga tisu saya terpampang dalam majalah Wanita keluaran Januari 2011…dalam ruangan Jejari Emas…itu siri pertama…siri kedua nyer tak tau biler…hehehehe…sungguh tak sangka akan masuk majalah…dan tak pernah terfikir pun pasal tu…imbas balik masa mula2 start buat kerja tangan nie berbulan2 takde ape2…tp just buat utk suka2…bermula dengan buatkan doorgift untuk majlis kawen adik akhir tahun lepas dan semua nyer mula meriah bile dapat order first dr 1st customer yang inginkan pom pom…diikuti dengan bunga telur utk majlis aqiqah baby nyer…dan Alhamdulillah sekarang masih terima tempahan…syukur pada-Nya 😀


So untuk sesiapa yg minat nak cuba camne nak hasilkan bunga dr tisu…boleh la rujuk cara2 nyer dalam majalah Wanita tu yer…dan selamat mencuba…usaha tangga kejayaan…dan jangan putus asa…yoshh!!! 😀 tunggu siri kedua nyer pula yer 😀