Archive | May 2011

Bunga Telur : Shocking Pink + Lilac

Shocking pink dan lilac pilihan warna tema untuk majlis Hawa…jenuh juga nak cari ribbon shocking pink nie 😀 tapi Alhamdulillah dapat juga dan memang tepat dgn pilihan warna yg diberikan…bunga saiz L…satu pahar 35pcs…seronok ngk muka Hawa puashati dgn bunga2 telur tu masa serahkan pdnya…sangat cantik katanya :p semoga bunga2 telur tu dpt menambah seri di majlis nya minggu depan 😀


 

Testimonial dari Hawa :

“Ramai orang puji bunga telur.Sangat menawan…”

” Check it out…awesome…”

Advertisements

Bunga Telur : Maroon + Cream + Butterfly

Tempahan datang jauh nun dari Sabah…Luvleey tempah khas 100pcs bunga telur tangkai dengan warna tema maroon dan cream untuk majlis kawen kakak nya awal bulan June nie…dah siap semua dan akan dipos (ngk pada kos camne…sbb 1st time nak dipos) 😀 harap mereka akan berpuashati dgn hasil nya yer…

Testimonial dari Luvleey :

Bunga telur dah kakak saya ambil...Dia sangat suka dengan bunga telur tersebut.

Gembira bekerjasama dengan akak dan hasil kerja akak memang cantik..”

Update : Alhamdulillah…bunga2 nie selamat sampai ke tangan tuan nya di Sabah…guna poslaju…so pasni boleh la guna pos utk delivery…cuma mungkin nak guna courier lain sbb sendiri pun tak brape puashati dgn servis poslaju 🙂

Bunga Dulang

Baru dapat beberapa gambar2 hantaran dari Nadia yg sebelum nie ada tempah bunga dulang untuk dualng hantaran nya…thanx Nadia 😀

Bunga Telur : Dark purple + Silver White

Bunga telur order dari Yana dari Perlis untuk majlis nya Mei nie…tema warna majlis dark purple dan silver white…bunga nya dia request warna putih digabungkan dgn reben warna dark purple dan silver white…simple dan sesuai dgn budget yg Yana berikan…harap Yana akan berpuashati dgn hasil nya…