Tag Archive | Makluman

Stailista October 2012

Alhamdulillah…Seni Qanasuri masuk magazine lagi…hehehheheh…kali nie featured di majalah Stailista keluaran October 2012…ada macam2…bunga telur, bunga tangan (HB), bunga corsage dan juga bunga hiasan dulang…seswai dengan tema Warna-Warni keluaran itu…berbagai2 warna hasil kerja Seni Qanasuri dapat anda lihat dari page 133 hingga 145…tak lupa terima kasih tak terhingga pada editor Stailista iaitu En Anwar Razali!! 😀

Antara yg dipaparkan :

yang lain2 ada lagi…boleh view di album FB Seni Qanasuri atau belilah majalah Stailista keluaran Oct 2012 yg dah ada di pasaran yer :p

2013 Color Trends Report

Untuk bakal-bakal pengantin 2013…nie antara warna2 hot utk 2013 😀

boleh baca report nya di link bawah nie yer :

http://www.mypersonalartist.com/blog/2012/04/12/my-2013-color-trends-report/

Pengumuman : Malaysia ke Brunei Darussalam

Ingin dimaklumkan yang sebahagian operasi Seni Qanasuri telah berpindah ke Brunei Darussalam mulai Julai 2012…maka tempahan untuk kesemua jenis bunga telur/bunga corsage/bunga tangan bunga tisu dan sebahagian bunga tisu akan beroperasi di Brunei…hanya tempahan bunga tangan dari Felt dan sebahagian bunga tisu sahaja akan beroperasi di Sg Buloh…harap maklum….

In Media : Inspirasi Perkahwinan Julai 2012

Alhamdulillah…Seni Qanasuri have been officially featured in INSPIRASI PERKAHWINAN Magazine (July Issue 2012)…

Makluman : Close order untuk tahun 2012

Saya ingin memaklumkan yang sebarang tempahan bunga telur/pahar untuk tahun 2012 telah ditutup hingga bulan PERTENGAHAN SEPTEMBER 2012…dan tempahan untuk bunga tisu telah penuh hingga JULAI 2012…bagaimanapun tempahan untuk bunga tangan…corsage…centerpiece masih diterima mengikut kuantiti dan tarikh majlis…

Harap maklum..


Seni Qanasuri di Kerja@Rumah dalam Apa Kata Wanita

4 Januari lepas…dapat call dari Iylia yang berminat untuk cover aktiviti Seni Qanasuri untuk segmen Kerja@Rumah dalam rancangan Apa Kata Wanita musim baru 2012…maca tak percaya juga…setelah bincang ngan En Suami…kami telah bersetuju untuk jalankan shooting pada Isnin lepas…Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar…walaupun tak dapat ditayangkan secara langsung pada Ahad 15 Januari…rancangan ini telah disiarkan di slot hari Jumaat pukul 1 petang di TV2…mesti ramai yg tak dpt nak ngk kan…so saya dapat la usahakan sedikit merakam mana yg mampu…so untuk sesiapa yg nak ngk…boleh ke link nie yer 😀

http://www.youtube.com/watch?v=o_aTvmQGrfY&feature=youtu.be

 

Cara Betul Memberi Salam…

SEKADAR PERINGATAN UNTUK SEMUA UMAT ISLAM

Cara betul memberi Salam pada para Muslimin Ilmu utk dikongsi bersama : Dr ustaz Zawawi menceritakan tentang sunnah Rasulallah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz “assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh “waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Beri salam – assalamualaikum” Jawab salam – “waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh”

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
Bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH ye” Dan bukannya ” Kirim salam maut”
statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
“Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot” Maksud singkatan ” A’kum”

Untuk renungan bersama : JANGANLAH kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” iaitu SAMA MAKNA dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A’kum dalam sms ataupun email.

Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang YAHUDi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

Perhatian : Penyalahgunaan gambar dari blog Seni Qanasuri

Beberapa hari lepas saya terjumpa beberapa iklan di internet berkenaan dengan bunga telur tisu…secara jujurnya saya seronok lihat bunga tisu ini rupa nye mendapat sambutan yg baik dan hangat utk bakal2 pengantin dan juga pengusaha barang2 kraftangan pengantin…tak ketinggalan juga yg saya rasa memang menghasilkan bunga telur tisu sama sebijik mcm yg saya hasilkan (merujuk pada hasil bunga tangan saya dr awal tahun 2010)…tu tak kisah la…saya anggap itu sebagai panduan utk me-DIY bunga tisu nie 😀

Tapi yang membuatkan saya agak kurang senang…senang cerita agak bengang dan marah serta tak puas hati ialah…ada beberapa pihak yg telah menyalahgunakan gambar2 bunga telur dari blog saya untuk tujuan pengiklanan bagi bisnes sendiri…pada saya ini dinamakan MENCURI!! mencuri hasil kerja orang untuk ditayangkan pada yg lain dan mengaku itu seperti hak sendiri adalah tindakan yg amat tidak bertanggungjawab dan perbuatan yang sangat tidak sopan…saya dah email orang2 tersebut utk removekan gambar2 saya dari iklan mereka…tapi nampaknya tiada feedback dan iklan masih ada…so saya tulis di sini supaya tiada yg terpedaya dan tertipu dengan PENCURI2 dan PENIPU2 mcm nie…maaf kalau bahasa saya kasar…tapi ini sudah melampau pada saya…kalaumereka2 yang ini terasa malu…perlu malu ini dari awal…

PENCURI 1 :

PENCURI 2 :

Mereka2 ini bukan je iklankan di mudah.my…tapi juga di beberapa website pengiklanan lain…macam mana nak berkat cari rezeki kalau dari mula dah menggunakan cara yang salah…MENCURI…nak berbisnes biar dgn cara yg elok dari mula…apa sahaja yang ada dlm dunia internet nie memang boleh dilihat…diambil…dicopy-paste…untuk rujukan yer of course tak salah…tapi untuk kepentingan sendiri adalah tidak elok…harap2 tidak ada antara anda2 di luar sana yg terkena tipu dengan mereka2 ini…itu bukanlah hasil kerja mereka…bukan hak mereka untuk dipamerkan..

Link iklan lain :

1) http://www.malaysia.adsbays.com/services_1/wedding/tempahan-bunga-telur_25#axzz1eQfOdFLK

2) http://www.niagaria.com/item.php?item=1305&type=offer&category=wedding&title=tempahan-bunga-telur&fb_comment_id=fbc_10150427989528760_21006319_10150469847163760

Dan kalau tak silap saya…gambar2 contoh bunga telur yg lain juga pernah saya lihat di blog pengusaha bunga2 telur tu yang sebenar…so abih la dia curi semua untuk iklan sendiri nampak nya…

Pengajaran : jangan MENCURI untuk KEUNTUNGAN SENDIRI!!

Makluman : Close Order

Untuk makluman semua…sebarang order telah ditutup bermula DECEMBER 2010

Terima kasih kepada semua customer yg pernah order dari saya. Dan mohon maaf kepada yg ingin order tetapi tak dapat saya penuhi…

InsyaAllah, saya akan kembali beroperasi setelah saya selamat melahirkan cahayamata pada Feb 2011 akan datang dan juga apabila kesihatan dan masa mengizinkan…

Bagaimanapun…tempahan untuk majlis yang bakal diadakan pada pertengahan atau penghujung tahun 2011 akan dipertimbangkan…

Sekian terima kasih…

Jumpa lagi….