Archive | November 2011

Bunga Tangan : Felt Rosebud

Terbaru dari Seni Qanasuri…bunga pegang yang bunga nye dibuat dari felt…ditambah dengan manik2 kecil dan rama juga dari felt…berminat?? boleh email saya utk quotation 😀

Bunga Telur : Pink + Purple + White (Grosgrain) + Butterfly

Order Fazlina dari Penang…10pcs untuk bride maids nya…warna tema yg dipilih ialah purple…pink dan putih…diselitkan dengan butterfly purple 😀

Perhatian : Penyalahgunaan gambar dari blog Seni Qanasuri

Beberapa hari lepas saya terjumpa beberapa iklan di internet berkenaan dengan bunga telur tisu…secara jujurnya saya seronok lihat bunga tisu ini rupa nye mendapat sambutan yg baik dan hangat utk bakal2 pengantin dan juga pengusaha barang2 kraftangan pengantin…tak ketinggalan juga yg saya rasa memang menghasilkan bunga telur tisu sama sebijik mcm yg saya hasilkan (merujuk pada hasil bunga tangan saya dr awal tahun 2010)…tu tak kisah la…saya anggap itu sebagai panduan utk me-DIY bunga tisu nie 😀

Tapi yang membuatkan saya agak kurang senang…senang cerita agak bengang dan marah serta tak puas hati ialah…ada beberapa pihak yg telah menyalahgunakan gambar2 bunga telur dari blog saya untuk tujuan pengiklanan bagi bisnes sendiri…pada saya ini dinamakan MENCURI!! mencuri hasil kerja orang untuk ditayangkan pada yg lain dan mengaku itu seperti hak sendiri adalah tindakan yg amat tidak bertanggungjawab dan perbuatan yang sangat tidak sopan…saya dah email orang2 tersebut utk removekan gambar2 saya dari iklan mereka…tapi nampaknya tiada feedback dan iklan masih ada…so saya tulis di sini supaya tiada yg terpedaya dan tertipu dengan PENCURI2 dan PENIPU2 mcm nie…maaf kalau bahasa saya kasar…tapi ini sudah melampau pada saya…kalaumereka2 yang ini terasa malu…perlu malu ini dari awal…

PENCURI 1 :

PENCURI 2 :

Mereka2 ini bukan je iklankan di mudah.my…tapi juga di beberapa website pengiklanan lain…macam mana nak berkat cari rezeki kalau dari mula dah menggunakan cara yang salah…MENCURI…nak berbisnes biar dgn cara yg elok dari mula…apa sahaja yang ada dlm dunia internet nie memang boleh dilihat…diambil…dicopy-paste…untuk rujukan yer of course tak salah…tapi untuk kepentingan sendiri adalah tidak elok…harap2 tidak ada antara anda2 di luar sana yg terkena tipu dengan mereka2 ini…itu bukanlah hasil kerja mereka…bukan hak mereka untuk dipamerkan..

Link iklan lain :

1) http://www.malaysia.adsbays.com/services_1/wedding/tempahan-bunga-telur_25#axzz1eQfOdFLK

2) http://www.niagaria.com/item.php?item=1305&type=offer&category=wedding&title=tempahan-bunga-telur&fb_comment_id=fbc_10150427989528760_21006319_10150469847163760

Dan kalau tak silap saya…gambar2 contoh bunga telur yg lain juga pernah saya lihat di blog pengusaha bunga2 telur tu yang sebenar…so abih la dia curi semua untuk iklan sendiri nampak nya…

Pengajaran : jangan MENCURI untuk KEUNTUNGAN SENDIRI!!

Bunga Tangan : White + Pink + Purple

Bunga tangan…design yg simple atas permintaan dari Fiza dari JB…untuk majlis pertunangan nye nanti…bunga dgn 3 warna…putih…pink dan sedikit purple…di bahagian bawah diselitkan dgn daun dan ribbon satin di bahagian pemegang 😀 TQ Fiza 😀

Bunga Telur Organza : Biru Turquoise + Lavendar + White

Bunga telur organza…baru dari Seni Qanasuri 😀 Order oleh Wan juga…50pcs bunga telur organza untuk majlis bertandang…warna tema adalah gabungan warna tema pihak lelaki dan pihak perempuan…turquoise dan lavendar…juga diselitkan sedikit warna putih 😀

Bunga Corsage

Design baru untuk bunga corsage…boleh pilih untuk dijadikan wrist corsage ataupun corsage yg guna pin di belakang nya…berminat? boleh email saya untuk tempahan yer 🙂

Bunga Telur : Lavendar-Lilac + Silver White + Berries + Butterfly

Juga order dari Wan…100pcs bunga telur untuk pelamin…warna tema yg dipilih ialah Lavendar-Lilac + Silver white…diselitkan dengan berries purple dan white…juga butterfly berwarna purple 😀 Selamat pengantin baru Wan 😀

Bunga Telur : Dark Purple + Silver White + Silver Beads

Order dari Wan Hasmat untuk majlis nyer di Machang…100pcs bunga telur tisu dengan tema warna dark purple dan silver white…design yg simple khas untuk tetamu jemputan nya nanti 😀