Archives

Bunga Telur : Dark Purple + Silver White + Silver Beads

Order dari Wan Hasmat untuk majlis nyer di Machang…100pcs bunga telur tisu dengan tema warna dark purple dan silver white…design yg simple khas untuk tetamu jemputan nya nanti 😀

Bunga Telur : Silver Grey + Black

Tempahan oleh Nazli dari Kuala Terengganu…30pcs bunga telur saiz S…warna tema silver g yang digabungkan dengan satin black…ditambah dengan berries silver grey dan butterfl kristal hitam lutsinar…Nazli requested tengah bunga ditambah dengan inti bunga…so saya letakkan inti bunga manik silver grey di tengah2 bunga…penghantaran guna poslaju…harap semua bunga2 telur tu sampai dengan selamat ke tangan Nazli 😀

Bunga Telur : Yellow + Gold + Berries

Gold dan kuning…warna tema untuk majlis Nurul Haida dari PJ…100pcs bunga telur berries saiz S…


Bunga Telur Gantung : Merah + Putih Silver + Butteffly

Juga order dari kak Nurul…untuk majlis resepsi adiknya nanti…100pcs bunga telur gantung dengan warna tema merah + putih silver…


Bunga Telur : Merah + Putih + Butterfly

Tempahan dari Izzatul dari Cheras..100pcs bunga telur tangkai…warna tema ialah merah dan putih…diselitkan dengan butterfly…

Bunga Telur : Lavendar Lilac

Selalu buat bunga telur bunga nya ngadap ke atas…kali nie cuba pula yg ngadap tepi..gabungan bunga tisu dan artificial flower ala2 lavendar…dan ribbon 3 warna yg berbeza…minat?? sila pm saya yer 😀

Bunga Telur : Merah + Cream + Manik

Tempahan dari Siti Hawa untuk majlis nya awal Julai 2011 nie…warna tema yg dipilih ialah merah dan cream…ditambah dgn manik diikat dawai gold…simple jer tp bila dah penuh pahar lawa…hehehe 😀 dah siap sepenuh nya…harap Siti Hawa akan berpuashati dengan bunga2 telur yg ditempahnya yer…TQ 😀

Testimonial dr Siti Hawa

“akak thanks buatkan bunga telur tu.. sgt cantik n comei.. nanti nak oder lagi hawe bg tahu ek.. “

Bunga Telur : Dark Brown + Turquoise + Bunga Kristal

Tempahan bunga telur dengan warna tema dark brown dan turquoise…ditambah dengan rama2 kristal dan kelopak bunga dr manik kristal dark  brown…TQ Mastura dari JB 😀

 

Bunga Telur : Shocking Pink + Lilac

Shocking pink dan lilac pilihan warna tema untuk majlis Hawa…jenuh juga nak cari ribbon shocking pink nie 😀 tapi Alhamdulillah dapat juga dan memang tepat dgn pilihan warna yg diberikan…bunga saiz L…satu pahar 35pcs…seronok ngk muka Hawa puashati dgn bunga2 telur tu masa serahkan pdnya…sangat cantik katanya :p semoga bunga2 telur tu dpt menambah seri di majlis nya minggu depan 😀


 

Testimonial dari Hawa :

“Ramai orang puji bunga telur.Sangat menawan…”

” Check it out…awesome…”

Bunga Telur : Maroon + Cream + Butterfly

Tempahan datang jauh nun dari Sabah…Luvleey tempah khas 100pcs bunga telur tangkai dengan warna tema maroon dan cream untuk majlis kawen kakak nya awal bulan June nie…dah siap semua dan akan dipos (ngk pada kos camne…sbb 1st time nak dipos) 😀 harap mereka akan berpuashati dgn hasil nya yer…

Testimonial dari Luvleey :

Bunga telur dah kakak saya ambil...Dia sangat suka dengan bunga telur tersebut.

Gembira bekerjasama dengan akak dan hasil kerja akak memang cantik..”

Update : Alhamdulillah…bunga2 nie selamat sampai ke tangan tuan nya di Sabah…guna poslaju…so pasni boleh la guna pos utk delivery…cuma mungkin nak guna courier lain sbb sendiri pun tak brape puashati dgn servis poslaju 🙂

Bunga Telur : Dark purple + Silver White

Bunga telur order dari Yana dari Perlis untuk majlis nya Mei nie…tema warna majlis dark purple dan silver white…bunga nya dia request warna putih digabungkan dgn reben warna dark purple dan silver white…simple dan sesuai dgn budget yg Yana berikan…harap Yana akan berpuashati dgn hasil nya…


Bunga Telur : Turqoise + Silver White

Bunga yg ni pula gabungan warna turqoise dan silver white…ada bunga kecil…simple jer 😀


**Can be customized…do email me for enquiries!:D

Bunga Telur : Beau Rose Pink + Grey

Semalam jalan2 usha2 apa yg menarik…terjumpa la tisu warna pink…uuuuuuuuuu…sangat teruja!! ada mcm2 warna lagi…gold dan silver pun ada…seronok!! tapi beli pink je dulu…nak ngk camne jadi nye bila dibuat bunga tisu…saya gabungakan warna beau rose pink dengan grey…dan hasil nya…tadaaa…

Berminat?? boleh email saya 😀

Bunga Telur : Dark Blue + Silver

Kali nie order dari Azreen…bunga telur 50pcs…tema dark blue + silver…bunga nya guna warna tiffany blue…hehehehe…mula2 buat satu tak nampak terserlah sangat…tapi bila dah banyak penuh sepahar baru nampak cantik 😀 harap tuan punya akan berpuashati yer 😀

 

Bunga Telur untuk Erina : Purple + White + Butterfly

Update skit ngan order yang sedang disiapkan untuk majlis awal bulan April nie…tempahan dari Erina…ada 2 design bunga telur yang ditempah…dan nie salah satu dari nya…untuk majlis bertandang…tema purple + white ditambah dgn butterfly…nak yg simple kata nya 😀 dan yang satu lg akan update nanti…tunggu :p

Dah siap pack…